Isnin, 1 Mei 2017

Search - Karisma ( 1990 )



Oklah , Setelah Sekian Lama Tidak Diupdate ( Bizi Sangat ) So , Kalini Teman Akan Mereview Album Studio Ke -7 Kumpulan Search Semenjak 1985 , Iaitu Karisma Keluaran 1990 . Ini Adalah Senarai Runutnya :

1) Melastik Ke Bintang ( 4:23 )
2) Melayar Bahtera ( 5:13 )
3) Orang Timur ( 3:40 )
4) Dunia Milik Kita ( 6:17 )
5) Emmanuelle ( 5:04 )
6) Memandu Nafsu ( 4:07 )
7) Teguh ( 4:57 )
8) Manusia Reptilia ( 6:50 )
9) Paranoid ( 5:35 )
10) Orait Mama ( 5:24 ) 
11) Sutera Atau Rayon .( 5:50 )


Boleh Dikatakan Bahawa Album Ini Antara Album Yang Terbaik Yang Pernah Dikeluarkan Oleh Kumpulan Ini . Hampir Kesemua Lagu Mempunyai Riff Yang Tinggi , Selain Lirik-2 Nya Yang Mengandungi Maksud-2 Yang Tersirat , Sepertimana Lagu Teguh , Sutera Atau Rayon , Paranoid & Manusia Reptilia . Namun Yang Pastinya Menjadi Kegemaran Bagi Sesiapa Yang Mendengar Album Ini Ialah Kepada 2 Lagu Ini , Iaitu Melastik Ke Bintang Dan Melayar Bahtera . Lagu - 2 Lain Hanyalah Bersifat Biasa-2 Sahaja , Namun Masih Sedap Untuk Didengari . Album Ini Merupakan Album Terakhir Nasir Daud Bersama Search Sebelum Meninggalkan Mereka Untuk Menubuhkan Syarikat Rakamannya Sendiri . Beliau Kemudiannya Kembali Ke Pangkuan Search Pada 1995 , Di Dalam Album Gema Di Timur Jauh Keluaran Tahun Tersebut .

Jumaat, 3 Mac 2017

Cromok - Yours Truly ( 1996 )


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Kepada Semua Viewer Blog Saya . Oklah , Kalini Kita Akan Bersambung Kepada Album Studio Ke-3 Kumpulan Cromok , Iaitu Album Yours Truly , Keluaran 1996 . Ini Adalah Senarai Runutnya :

- Siblings (6:40)
- Stranger (5:06)
- IC (6:35) 
- Maram Perapu Kepunden Maran Sekeper (1:00)
- Castaway (5:11)
- Punishment Hour (4:22) 
- Farewell (4:28)
- Final Ticking (4:22)
- Little One (5:58)
- Somewhere Everywhere (5:22)

Boleh Dikatakan Album Ini Merupakan Antara Album Terbaik Kumpulan Cromok , Di Mana Lagu Siblings , Stranger , Castaway & Punishment Hour Merupakan Lagu Yang Wajib Didengar Di Dalam Album Ini . Solo Karl Memang Gua Bagi 5 Bintang Untuk Album Ini ! Ini Merupakan Album Studio Terakhir Karl Sebelum Meninggalkan Cromok Pada 1999 Untuk Menumpukan Sepenuh Perhatian Kepada Perniagaannya . Lagu - 2 Seperti Stranger , Maram Perapu Kepunden Maran Sekeper , Punishment Hour , Final Ticking Dan Somwhere Everywhere Telah Dimuatkan Kembali Di Dalam Album Mean Meaner Meanest ( 1999 ) .

Rabu, 1 Mac 2017

Cromok - Mean , Meaner , Meanest ( 1999 )


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh Kepada Semua Viewer Blog Ambo . Setelah Lama Berehat Dari Menulis Kat Blog Ni Kan , Akhirnya Teman Kembali Semula , Huhu . Ok , Kali Ini Teman Akan Mereview Album Studio Ke - 4 Kumpulan Cromok , Iaitu Mean , Meaner , Meanest . Ini Senarai Runutnya :

- Suffer ( 4:31 )
- Journey ( 6:08 )
- Eclipse ( 5:00 )
- Seedling ( 4:07 )
- Final Ticking ( 4:41 )
- The Other ( 6:07 ) 
- Somewhere Everywhere ( 5:20 ) 
- Obsessed ( 4:49 )
- Maram Perapu Kepunden Maran Sekeper ( 1:00 )
- Memories ( 5:47 )
- Stranger ( 5:09 )
- Misty ( 5:51 ) 
- Nightmare ( 4:22 )

Terdapat 13 Lagu Di Dalamnya , Yang Mana Majoritinya Diambil Semula Dari Album Sebelumnya Iaitu Yours Truly ( 1996 ) Kecuali Bagi Lagu Journey , Misty & Memories Yang Mana Ianya Diambil Dari 2 Album Iaitu Image Of Purity ( 1991 ) & Forever In Time ( 1993 ) And Lagu Misty Dan Journey Telah Mendapat Sentuhan Baharu Daripada Hillary Ang . Album Ini Mengandungi Dua Lagu Baharu Iaitu Nightmare Dan Eclipse . Seperti Mana Yang Telah Diberitahu Tadi , Album Ini Merupakan Album Sulung Bagi Bekas Gitaris Kumpulan Search , Hillary Ang Seusai Beliau Menggantikan Karl Sebagai Gitaris Utama Pada Tahun 1999 . Legasi Hillary Ang Berterusan Hingga Ke Album Studio Terakhir Kumpulan Ini Pada 2004 , Iaitu Untitled .