Ahad, 20 November 2016

Search - Bikin Wilayah ( 1998 )

                             

Hahaha , I'm Back Uolls ! Setelah Sekian Lama Gua Menyepi Kalini Gua Datang Bersama Entri Yang Terbaru , Iaitu Album Bikin Wilayah Oleh Kumpulan Search Pada 1998 . Ini Senarai Runutnya:

- Mancis Dah Basah ( 4:40 )
- Bayangan Baiduri ( 6:25 )
- Zen ( Bikin Wilayah ) ( 4:22 )
- Setia Dalam Kacamu ( 5:06 )
- Ichiban ( 4:00 )
- Kanta Biru ( 4:35 )
- Ghairah Malam 15 ( 4:45 )
- Mutiara Embun ( 4:35 )
- Penghujung Jalan ( 4:35 )
- Nur Nilam Sari ( 5:51 )

Rasanya Awok Ada Kabor Dalam Beberapa Entri Yang Terdahulu ( Check Di Entri Album Gema Di Timur Jauh ) , Bahawa Selepas Pemergian Amy Yang Telah Membuat Karier Solo Selain Pemergian Kali Kedua Nasir , Mereka Telah Menghadapi Zaman Kejatuhan Hingga Memaksa Mereka Dibubarkan Pada 2001 . Namun Album Ini Telah Menyambung Seketika Hayat Kumpulan Ini . Dengan Menjemput Awie Yang Ketika Itu Juga Menjalani Karier Solo Setelah Meninggalkan Wings 5 Tahun Sebelumnya , Sebagai Penyanyi , Beliau Juga Dilihat Berjaya Menghidupkan Album Ini Walaupun Peminat Kumpulan Ini Masih Belum 100 % Move On Dari Pemergian Amy Daripada Kumpulan Itu , Ditambah Pula Awie Juga Pernah Bekerjasama Dengan Kumpulan Search Di Dalam Album Double Trouble Keluaran 1992 . Album Ini  Adalah Gabungan Lagu Bergenre Sentimental Rock Serta Heavy Metal , Namun Album Ini Diingati Kerana Satu Lagu , Iaitu Lagu Nur Nilam Sari . Album Ini Juga Sekali Lagi Mendapat Sentuhan Berbisa M.Nasir , Loloq , S.Amin Shahab , Keon Dan Usop . 

Setelah Terhasilnya Album Ini , Din , Kid & Fauzi Mengambil Keputusan Untuk Mengundurkan Diri Serta Merta Dari Kumpulan Ini , Dan Ini Menyaksikan Yazit Terkontang Kanting Seorang Diri Untuk Meneruskan Legasi Search Yang Dilihat Semakin Parah Pada Ketika Itu . Album Studio Terakhir Kumpulan Ini Adalah Album Selepas Banjir Keluaran 1999 Sebelum Mereka Menggulung Tikar Pada Tahun 2001 .

Ahad, 13 November 2016

XPDC - Timur Barat ( 1992 )

                                               


Okay U Gaiss , Jangan Lupa Mission Kita . Kali Ini , Aku Akan Terangkan Kat Komer Tentang Album Kedua XPDC , Iaitu Timur Barat Keluaran 1992 . Ini Senarai Runutnya :

- C.T Cinta Kenangan Silam ( 6:24 )
- Hamba Abdi ( 5:33 )
- Ikatan ( 4:28 )
- Lagu Dari Aku ( 5:26 )
- Penyakit Gatal ( 5:27 )
- Hairan Bin Ajaib ( 5:24 )
- Talam Dua Muka ( 5:09 )
- C.T Cinta Kenangan Silam ( Instrumental ) ( 6:24 )
- Cekal ( 5:03 )
- Impian Seroja ( 5:26 )

Walaupun Album Darjah Satu Keluaran 1990 Merupakan Album Pertama Sekaligus Album Yang Melonjakkan Nama XPDC , Namun Bagi Aku Album Inilah Pencetus Sebenar Kebangkitan Sebenar XPDC Di Dalam Industri Rock Negara . Album Ini Telah Menampakkan Pertukaran Genre Muzik Berbanding Dengan Album Sebelumnya , Iaitu Dari Rock Kapak Kepada Heavy Metal . Lagu C.T Cinta Kenangan Silam Merupakan Lagu Sambungan Kepada Lagu C.I.N.T.A Keluaran Album Sebelumnya , Dan Ianya Sekali Lagi Tidak Menghampakan Peminat - Peminat Kumpulan Ini . Album Yang Sekali Lagi Mendapat Sentuhan J.S.Kevin Ini Memuatkan 10 Lagu Termasuk Sebuah Instrumental Ini Mengandungi 5 Lagu Sentimental Rock Dan Selebihnya Ialah Heavy Metal . 

Pengunduran Diri Lee Space Telah Membawa Amy Dari Kumpulan Handy Black Ke Sini , Dan Beliau Dilihat Tiada Masalah Untuk Menyesuaikan Diri Dengan Kumpulan Ini . Line Up Ini Kekal Sehingga Album Brutal Keluaran 1997 .

Sabtu, 12 November 2016

Some Of My Spooky Experience ( Part 1 )

                                     

Sekadar Gambar Hiasan .

Oklah , Entri Kali Ini Kita Akan Keluar Daripada Bidang Rock Apekebenda Semuanya Lah , And Sekarang Aku Akan Ceritakan Salah Satu Pengalaman Seram Yang Pernah Aku Hadapi Sepanjang Hidup Aku yang Dah 20 Tahun Ini . Actually Cerita Ini Taklah Menakutkan Or Terlampau Seram , Tapi Bagi Mereka Yang Pernah Merasai Atau Senang Cerita , Kalau Korang Yang Berada Dalam Kedudukan Aku , Memang Ianya Sangatlah Creepy . 

Momen Ini Berlaku 6 Tahun Lalu , Sewaktu Aku Di Tingkatan 2 , Bebudak Lagi Lah Waktu Tu ( Huhuhu ) . Di Waktu Itu , Aku Hadir Ke Sekolah Menaiki Bas Sekolah & Di Waktu Itu , Kehadiran Bas Sekolah Melalui Hadapan Rumah Aku Sangatlah Awal , Iaitu Sekitar 6:30 Pagi , And Seandainya Aku Terlepas Bas Itu , Aku Mungkin Terpaksa Berjalan Kaki Sejauh 500 Meter Ke Bus Stop Kampung Aku Untuk Menunggu Bas Awam Or Senang Cerita Tak Datang Sekolah Terus . Dipendekkan Cerita , Aku Keluar Rumah Seawal 6:25 Pagi Dan Aku Menaiki Bas Dalam 5 Minit After That . Sesampainya Aku Di Sekolah ( Sekitar 6:40 , Sebab Rumah Aku Dekat Je ) , Aku Terus Bergerak Ke Blok Tingkatan 2 ( Aku Dah Lupa Blok Tu Dipanggil Blok Apa ) . Before That , Aku Nak Cerita Berkaitan Blok Tingkatan 2 Tu Yang Sekarang Dah Jadi Blok Untuk Student Tingkatan 4 . Blok Itu Merupakan Blok Paling Hujung Di Dalam Sekolah Itu , Dan Kelas Aku Tu Merupakan Kelas Paling Hujung Sekali Dalam Blok Tu , Hehehe , Tapi Takda La Hujung Sangat Sebab Kat Sebelah Tu Ada Bilik Pendidikan Seni . Di Belakang Blok Itu Hutan , Dan Di Sebelah Blok Itu Ada Surau Dan Padang Rumput Kecil Bekas Tapak Perhimpunan Sekolah Itu Sekitar Tahun 70-80'an Dahulu . Blok Itu 2 Tingkat Dan Kelas Aku Di Tingkat Atas , Di Bahagian Bawah Adalah Makmal Sains Lama Namun Masih Digunakan Dan Kelas Tingkatan 2 Untuk Murid Kelas Bawahan . Manakala , Untuk Bahagian Atas Adalah Kelas Tingkatan 2 Untuk Murid Kelas Atasan Serta 2 Bilik ERT Untuk Menengah Rendah & Atas . Bersambung Semula Dengan Cerita Aku , Kira - Kira 30 Meter Sebelum Sampai Ke Blok Aku , Aku Tengok Tiada Satu Kelas Pun Yang Sudah Memasang Lampu , Itu Makna Nya Belum Ada Sesiapa La Kat Situ . 

So , Memandangkan Belum Ada Satu Kelas Pun Yang Memasang Lampu Serta Diiringi Rasa Seram Untuk Pergi Ke Kelas Aku Yang Kat Hujung Blok Tu , Aku mengambil Keputusan Untuk Berpatah Balik Untuk Melepakkan Diri Di Sebuah Pondok Kayu Berdekatan . Namun Baru Sahaja Aku Membuka Langkah Berpatah Balik , Datang Seorang Makcik Cleaner Menyapa Aku " Adik , Adik Nak Ke Blok Sana Tu Ke Dik " , Aku Berkata " Haah Makcik " , Dan Jawapan Ini Still Lagi Aku Ingat Sampai Sekarang " Makcik Rasa Baik Adik Tunggu Sampai Hari Cerah Nanti Adik , Sebab Baru Tadi Makcik Nampak Pocong Kat Depan Bilik ERT Tu " . Bilamana Aku Dengar Ayat Tu , Meremang Segala Bulu Roma , And After Ending My Conversation With That Makcik , Aku Terus Sahaja Membuka Langkah Aku Ke Pondok Kayu Itu Dan Menunggu Sehingga Pukul 7 . 10 ( Kalau Tak Silap ) Bilamana Semua Kelas Sudah Membuka Lampu , Barulah Aku Menuju Ke Kelas Aku Untuk Meletak Beg . 

P/S : Sekolah yang Dimaksudkan Di Atas Adalah Rahsia Selain Untuk Menjaga Nama Baik Sekolah Aku . Namun Ianya Terletak Di Sebuah Pekan Di Negeri Perak . Sekian

Khamis, 10 November 2016

XPDC - Darjah Satu ( 1990 )

                                         

So , Kalini Kita Akan Beralih Pula Ke Album Seterusnya AKA Album Pertama XPDC Di Dalam Sejarah Penghidupan Kumpulan Ini , Iaitu Darjah Satu Keluaran 1990 . So , Tanpa Membuang Masa , Ini Senarai Runutnya : 

- C.I.N.T.A ( 5:09 )
- Abadikah Tragedi ( 5:46 )
- Aku Dan Sesuatu ( 4:59 )
- Bukan Milik Aku ( 4:25 )
- Cermin Dunia ( 4:18 )
- Gerak 2000 ( 5:38 )
- Pelesit Sebelah Mata ( 4:41 )
- Raja Kertas ( 3:22 )
- C.I.N.T.A ( Instrumental ) ( 5:08 )
- Jangan Tak Mandi ( 4:23 )

Album Ini Merupakan Album Pertama Kumpulan Ini Sekaligus Menambah Kehangatan Industri Rock Malaysia Ketika Itu . Lagu C.I.N.T.A Telah Menjadi Lagu Trademark Bagi Kumpulan Ini ,Yang Sekaligus Telah Menaikkan Nama Kumpulan Ini Menjadi Antara Kumpulan Elit Di Dalam Persada Industri Muzik Negara Di Masa Itu . Lagu - Lagu Lain Seperti Abadikah Tragedi , Aku Dan Sesuatu & Gerak 2000 Juga Telah Menjadi Favourite Bagi Peminat Kumpulan Ini . Album Ini Boleh Dikatakan Mendapat Sentuhan Istimewa Dari J.S.Kevin Yang Menjadi Individu Bertanggungjawab Menaikkan Nama Kumpulan Ini Serta Menukar Nama Kumpulan Ini Dari Kumpulan Tragedy Kepada Kumpulan XPDC Pada Suatu Ketika . 

Album Ini Boleh Dikatakan Masih Terikat Dengan Genre Rock Kapak Penghujung 80'an & Awal 90'an Sebelum Mereka Beralih Kepada Genre Heavy Metal Pada Album - Album Mereka Yang Seterusnya . Drummer Kumpulan Ini , Lee Space Hanya Dapat Bersama Mereka Bertiga Yang Lain , Iaitu Mael , Zuar & Izo Untuk Album Ini Sahaja Sebelum Mengundurkan Diri Seusai Album Ini Dikeluarkan Pada 1990 Dan Tempatnya Digantikan Oleh Amy Dari Kumpulan Handy Black Untuk Album Seterusnya Iaitu Timur Barat Keluaran 1992 .

Rabu, 9 November 2016

Search - Gema Di Timur Jauh ( 1995 )

                               

Oklah Uolls , Kalini Kita Beralih Pula Kepada Album Search Yang Ketiga Di Tahun 90'an Iaitu Gema Di Timur Jauh . Ini Senarai Runutnya :

- Laila Namamu Teratas ( 4:55 )
- Cintaku Hilang Bisanya ( 5:55 )
- Menuju Puncak ( 5:13 )
- Hello Kawan ( 5:18 )
- Pinball Superhero ( 4:55 )
- Honky Tong Kosong ( 3: 57 )
- Jeritan Rindu ( 5:41 )
- Roket ( 5:17 )
- Bersalah Atau Tidak ( 5:17 )
- No Way !!! ( 5:10 ) 
- Andai Ku Miliki Semalam ( 5:54 )

Album Ini Telah menyaksikan Kembalinya Semula Nasir Daud Yang Merangkap Pemain Bass Ke Dalam Kumpulan Ini Setelah Beliau Meninggalkan Kumpulan Ini Untuk Menubuhkan Syarikat Rakamannya Sendiri Pada 1990 . 2 Buah Lagu Dari Album Ini Laila Namamu Teratas & Andai Ku Miliki Semalam Telah Berjaya Menambat Hati Peminat Setia Kumpulan Ini Sekaligus Memperkukuhkan Lagi Kedudukan Search Sebagai Kumpulan Rock No.1 Malaysia . Lagu Ini Mempertaruhkan 5 Lagu Sentimental Rock & Selebihnya Adalah Lagu Alternative Rock . Hasil Dari Kejayaan Album Ini , Mereka Telah Mengadakan Konsert Live ' Gema Di Timur Jauh Unpugged ' Pada November 1995 Dan Dari Hasil Rakaman Live Itu , Mereka Telah Menerbitkan Album Live ' Gema Di Timur Jauh Unplugged ' Sekaligus Itu Merupakan Album Live Mereka Yang Pertama . 

Nasir Daud Masih Mengekalkan Kedudukan Sebagai Pemain Bass Kumpulan Search Sehingga Album Seterusnya Rock N Roll Pie Pada 1996 Sebelum Sekali Lagi Mengundurkan Diri Pada 1997 , Dan Selepas Itu Bermula Lah Zaman Kejatuhan Kumpulan Ini .

Wings - Jerangkung Dalam Almari ( 1991 )

                             

Okay , Tanpa Mengenal Penat Dan Jemu , Moh Beralih Ke Album Seterusnya , Iaitu Jerangkung Dalam Almari Keluaran 1991 Oleh Kumpulan Wings . Ini Senarai Runutnya :

- Watari ( 2:23 )
- R'N'R Lu Punya Suka ( 5:58 )
- Aku Pun Tahu ( 5:30 )
- Gemala Saktiku ( 6:46 )
- Lipas Kudung ( 4:37 )
- Dalam Kehadiran Sofiah ( 5:47 )
- Kau Bukan Brader ( 4:15 )
- Jerangkung Dalam Almari ( 4:28 ) 
- Awang Trasher ( 4:26 )
- Tirai Horizon ( 6:07 )

Album Ini Telah Menyaksikan Kemunculan Semula Jojet Di Dalam Kumpulan Ini Setelah Kali Terakhir Beliau Di Dalam Kumpulan Ini Pada Tahun 1987 , Iaitu Sebelum Terbitnya Album Pertama Kumpulan Ini Iaitu Belenggu Irama Pada 1987 , Namun Beliau Tidak Sempat Untuk Merakamkan Lagu Di Dalam Album Tersebut Kerana Beliau Telahpun Berhijrah Ke Kumpulan Gersang Dan Tempatnya Digantikan Oleh Black . Album Ini Dimulakan Dengan Instrumental Oleh Joe Wings Sendiri Menerusi Lagu Watari Dan Diteruskan Dengan 5 Buah Lagu Heavy Rock & 4 Buah Lagu Sentimental Rock . Dalam Kelima - Lima Buah Lagu Heavy Rock , Awok Lebih Suka Untuk Mendengar Lagu Lipas Kudung & Kau Bukan Brader Kerana 2 Buah Lagu Ini Menunjukkan Kemampuan & Kemantapan Riffs Solo Oleh Joe . Manakala , Bagi Lagu Sentimental Rock , Awok Memilih Aku Pun Tahu Sebagai Lagu Favourite Untuk Didengari ( Lagu Tu Sedih Jugak Huhuhu ) And Dont Forget Lagu Dalam Kehadiran Sofiah Pun Best Juga . 

Apapun , Jojet Hanya Bertahan Bersama Wings Selama 3-4 Tahun , Dan Setelah Setahun Selepas Pemergian Awie Dan Keluarnya 2 Album Wings & Superfriends Pada 1994 , Beliau Mengundurkan Diri Beliau Dari Kumpulan Ini Dan Tempatnya Kembali Diisi Oleh Black Untuk Album Orang Asing Pada 1995 .

Kredit Gambar : Seperti Watermark Yang Sudah Berada Pada Gambar .

Selasa, 8 November 2016

Cromok - Untitled ( 2004 )

                                                   

Entri Kali Ini Akan Mengupas Mengenai Album Studio Terakhir Kumpulan Cromok Iaitu Untitled Keluaran 2004 . Ini Senarai Runutnya :

- I Do ( 6:20 )
- Rise ( 7:15 )
- Saviour ( 6:25 )
- On The ( 6:04 )
- Song 3 ( 1:31 )
- Dying To Live ( 11:00 )
- Disable ( 4:30 )
- Pip ( 5:25 )
- Untitled ( 2:00 )
- Error ( 5:11 )

Seperti Yang Diperkatakan Tadi , Ini Merupakan Album Rakaman Terakhir Kumpulan Ini Sebelum Mereka Berehat Dari Industri Muzik Negara Pada Tahun 2006 . Album Ini Masih Menggunakan Khidmat Hillary Ang Sebagai Gitaris Dan Pengundurannya Dari Cromok Lah Yang Menyebabkan Kumpulan Ini Direhatkan Selama Hampir 7 Tahun . Di Dalam Album Yang Mengandungi 10 Buah Lagu Ini , Lagu Dying To Live Merupakan Lagu Yang Terpanjang Sepanjang Penubuhan Kumpulan Trash Metal Malaysia Ini Iaitu Berdurasi 11 Minit , Manakala Lagu Song 3 Boleh Dianggap Antara Lagu Yang Terpendek Dengan Durasi 1:31 Minit Sahaja , Lebih Beberapa Saat Sahaja Daripada Lagu Maram Perapu Kepunden Maram Sekeper Daripada Album Yours Truly Keluaran 1996 . Bagi Awok , Semua Lagu Ini Memang Headbangging , Kalau Komer Berani Cuba - Cubalah Dengar Terutama Yang Perempuan - Perempuan Di Luar Sana Tu . Hehehe

Seperti Yang Telahpun Disebut Pada Ayat - Ayat Di Atas , Pengunduran Diri Hillary Daripada Skuad Ini Menyebabkan Mereka Terpaksa Merehatkan Kumpulan Ini . Namun Sebelum Menutup Buku Zaman Kegemilangan Mereka , Album Untitled + Raw Telahpun Diterbitkan Pada Tahun Hadapannya Dengan Memuatkan Lagu - Lagu Rakaman Live Mereka Di 2 Buah Konsert Di Australia , Iaitu Konsert Di Seven Hills , Sydney Pada November 1989 & Konsert Di Smith St Garage , Wollongong Pada Mei 1988 . 

Isnin, 7 November 2016

XPDC - Samurai ( 1998 )

                                   

Kita Bertemu Lagi Untuk Sesi Review Album , Dan Kalini Kita Bersama Album Samurai Daripada XPDC Keluaran Tahun 1998 . Ini Senarai Runutnya :

- Bagaikan Samurai ( 4:14 )
- Dunia 4 Segi ( 5:36 )
- Kenapa Apakah ( 4:03 )
- King El Mondoque ( 5:30 )
- O-Key ( 6:01 )
- Paiseh ( 4:50 )
- Tanggis Darah ( 6:04 )
- Ulat Dan Kulat ( 6:26 )
- Teman ( 5:50 )
- Semangat Perjuangan Harmoni ( 5:50 ) 

Dengan Kehadiran Ali Sebagai Vokalis Baharu Menggantikan Mael , Ianya Mungkin Menimbulkan Sesuatu Yang Pelik Bagi Fans XPDC Amnya Kerana Beliau Merupakan Seorang Penyanyi Balada Yang Terkenal Dengan Lagu Bunga Angkasa Bersama Kumpulan Terrarosa , Namun Selepas Keluarnya Album Ini , Akhirnya Mereka Mengakui Keberkesanan Ali Dalam Menyanyikan Lagu Berdefinasi Tinggi . Boleh Dikatakan Album Ini Merupakan Detik Penamat Yang Gemilang Bagi XPDC Sebelum Kumpulan Ini Menjalani Kehidupan Yang Hambar Dalam Industri Muzik Pada Era 2000 ' an . Selain Ali , Mereka Juga Telah Membawa Lola Sebagai Drummer Bagi Menggantikan Amy Yang Ditimpa Kemalangan Jalan Raya Ketika Itu . Kredibiliti Lola Juga Tidak Perlu Disanggah Lagi Hinggakan Mampu Menembusi Kelompok Elit Drummer - Drummer Terbaik Semalaysia , Sebaris Dengan Black ( Wings ) , Yazid ( Search ) , Arwah Man Dayak ( Lefthanded ) Dan Ramai Lagi . 

Lagu Semangat Perjuangan Harmoni Merupakan Sambungan Kepada Lagu Semangat Yang Hilang Pada Album Terdahulu , Brutal ( 1997 ) . Hanya 2 Lagu Sahaja Yang Dikira Rentaknya Perlahan Berbanding Lagu - Lagu Yang Lain , Iaitu Tanggis Darah & Teman , Manakala Selebihnya Ialah Heavy Metal , Terutamanya Bagaikan Samurai . 2 Tahun Selepas Keluarnya Album Ini , Zuar Mengumumkan Pengundurannya Dari XPDC Dan Menubuhkan Kumpulan Viper Bersama - Sama Bekas Rakan Sepasukannya , Amy .

Kredit Gambar : Mat4nira.wordpress.com

Wings - Mr Barbarik ( 2000 )

                                 

Thread Kali Ini Akan Menyaksikan Kita Mengupas Album Wings Yang Ke - 9 Iaitu Mr . Barbarik Keluaran Tahun 2000 . Ini Senarai Runutnya : 

- Keris Tak Bersarung ( 5:58 )
- Inspirasi Syakila ( 5:11 )
- Singa Dan Harimau ( 5:25 )
- 203  ( 4:36 )
- Mayang Sulit ( 4:26 )
- Handal ( 3:39 ) 
- Julang Timur Tengah ( 5:40 )
- Samar Nan Terang ( 5:19 )
- Gua Henjut Je ! ( Instrumental ) ( 3:37 )
- Teater Mahamega ( 5:04 )

Album Ini Merupakan Album Ketiga Dan Yang Terakhir Bagi Mus May Dalam Penyertaannya Di Dalam Skuad Wings Selama 6 Tahun Setelah Beliau Menggantikan Tempat Mel Selepas Album Orang Asing Pada 1995 . Album Ini Telah Diiktiraf Sebagai Album Paling Keras & Paling Lama Dari Segi Sesi Rakamannya Iaitu Lebih Dari 150 Jam . Hampir 80 % Lagu Dari Album Ini Mendapat Sentuhan Allahyarham J.S.Kevin . Dari 10 Buah Lagu Ini , Lagu Keris Tak Bersarung & Inspirasi Syakila Yang Boleh Dianggap Perlahan Sedikit Rentaknya Jika Nak Dibandingkan Dengan Lagu - Lagu Yang Lain . Bahkan , Album Ini Turut Terselit Sebuah Lagu Instrumental Iaitu Gua Henjut Je ! Dan Jangan Dilupakan Lagu Singa Dan Harimau Yang Menggandingkan Mus Dan Asheed Dari Kumpulan Def Gab C . Awok Suka Lagu Julang Timur Tengah & Mayang Sulit Sebab Guitar Riffnya Memang Tinggi . Huhu 

Seperti Yang Telah Dibilang Sebentar Tadi , Ini Merupakan Album Terakhir Mus May Bersama Wings Sebelum Beliau Dikhabarkan Mengundur Diri Untuk Memberi Laluan Kepada Awie Untuk Membuat Comeback Bersama Kumpulan Ini Semula Pada Tahun 2001 . 

Cromok - Image Of Purity ( 1991 )

                     

Untuk Kali Ini , Kita Akan Mengupas Sebuah Album Dari Sebuah Kumpulan Trash Metal Inggeris , But Dia Orang Melayu La , Bukannya Orang Putih Pun Iaitu Kumpulan Cromok . Image Of Purity Ini Merupakan Album Rakaman Pertama Mereka Di Malaysia ( Kalau Tak Silap ) Dan Mengandungi 11 Buah Lagu . Ini Senarai Runutnya :

- The Ulek / Metallurgical ( 7:19 )
- Survival ( 4:00 )
Misty ( 5:47 )
Journey ( 5:47 )
- Unicorn ( 5:22 )
- Survival ( Instrumental ) ( 4:00 )
- La Crosse ( 4:49 )
- Prophecy ( 3:11 )
- Back To Back ( 5:08 )
- Whisper ( 0:10 )

Sudahpun Nama Sebuah Group Trash Metal , Mestilah Kesemua Lagunya Dalam Rentak Headbang & Mampu Membuat Seluruh Jiwa Raga Menggelodak , Kan ? Malah , Memandangkan Mereka Juga Lepasan Universiti Of Wollongong , Australia , Mereka Juga Mampu Bertutur & Menyanyikan Lagu Dalam Bahasa Inggeris . Dalam Album Ini , Lagu The Ulek / Metallurgical Adalah 2 Buah Lagu Yang Berbeza , Namun Ianya Seperti Sebuah Sambungan Lagu , Sepertimana Sambungan Cerita - Cerita Or Telenovela - Telenovela Yang Biasa Komer Tengok Kat TV Tu . Album Ini Telah Menjalani Program Remastered Pada Tahun 2000 , Dan Ketika Itu Hillary Ang Bertindak Sebagai Gitaris Utama Menggantikan Karl . Malah , Lagu Misty & Journey Juga Telah Menjalani Proses Pembaikan Oleh Hillary Dan Telah Diselitkan Dalam Album Mean , Meaner , Meanest Pada Tahun 1999 . 

Ahad, 6 November 2016

XPDC - Kita Peng - Yu ( 1994 )

                                         

Kali Ini Kita Beralih Pula Kepada Album Ketiga XPDC Iaitu Album Kita Peng - Yu . Album Yang Dikeluarkan Pada Tahun 1994 Ini Mempunyai 9 Lagu Termasuk Sebuah Lagu Instrumental . Ini Senarai Runutnya : 

- Bahalol ( 4:12 )
- Nafisa ( 5:17 )
- John Jenin ( 5:39 )
- Kita Peng - Yu ( 5:57 )
- Kabus Semalam ( 5:32 )
- Selendang Merdeka ( 6:00 )
- Hijau Bumi Tuhan ( 5:49 )
- Ntahpapantah ( 4:11 )
- Titian Perjalanan ( 6:14 )
- Sentuhan XPDC ( Instrumental ) ( 4:12 )

Secara Amnya , 80 % Lagu Dari Album Ini Bersifat Headbangging , Kiranya Memang Rock Habis La , Cuma Lagu Titian Perjalanan & Nafisa Je Yang Bersifat Sentimental Rock , Tapi Lagu Tu Memang Best . Hampir Keseluruhan Album Ini Mendapat Sentuhan Allahyarham J.S. Kevin , Maka Disebabkan Itulah Album Ini Mendapat Jualan Melebihi 100,000 Unit Di Zaman Kegemilangannya . Bagi Aku , Lagu Yang Memang Best & Aku Selalu Layan Ialah Titian Perjalanan , Selendang Merdeka & Nafisa . Tapi Lagu John Jenin Memang Lawak ( Hahaha ) . Lirik Yang Menceritakan Pasal Kebendulan Mat Jenin Yang Selalu Bercita - Cita Tinggi , Namun Takda Usaha Langsung . BTW , Aku Bagi 4.5 Bintang Bagi Album Ini . Sorry Sebab Review Tak Panjang Sebab Tiada Pertukaran Ahli Sehingga Ke Album Seterusnya Iaitu Album Brutal ( 1997 ) .

Search - Rampage ( 1992 )

                     


Oklah , Kali Ini Kita Beralih Kepada Album Search Pula , Iaitu Album Rampage Keluaran 1992 . Album Ini Dikatakan Kurang Mendapat Sambutan Ekoran Sekatan - Sekatan Yang Tertentu Oleh Kerajaan Ketika Itu . Namun , Boleh Dikatakan 90 % Lagu Dari Album Ini Lebih Kepada Sentimental Rock Ataupun Rock Jiwang . Ini Senarai Runutnya :

- Neo Romantik ( 5:31 )
- Asli Dan Tulus ( 5:39 )
- Berbagai Wajah ( 5:54 )
- Metropolitan ( 5:12 )
- Analogi 0.1 ( 4:41 )
- Feel The Pain ( 5:06 )
- Nigina ( 5:35 )
- Sederhana ( 5:28 )
- Bertopeng Cinta ( 4:42 )
- Nirmala ( 5:22) 

Dari Senarai Ini , Boleh Dikatakan Hanya Lagu Metropolitan Dan Sederhana Sahaja Yang Bukan Berbentuk Sentimental Rock , Manakala Selebihnya Adalah Lagu - Lagu Yang Berbentuk Kejiwangan . Lagu - Lagu Seperti Neo Romantik , Berbagai Wajah , Nigina Dan Nirmala Memang Menjadi Pilihan Utama Untuk Didengari Di Kala Siang Mahupun Malam , Bahkan Dalam Album Ini Mereka Juga Telah Menampilkan Beberapa Kelainan Hinggakan Ada Sesetengah Pengkritik Mengatakan Bahawa Search Ketika Ini Sudah Lari Dari Perjuangan Asal Mereka . Antara Kelainan Yang Telah Dilakukan Adalah Dengan Terhasilnya Sebuah Lagu Berbahasa Inggeris Yang Pertama , Feel The Pain Hasil Gubahan Sujesh Pavithran & Search Sendiri . Dalam Album Ni , Awok Suka Lagu Neo Romantik Sebab Lagu Itu Rancak , Hehehe .

Album Ini Telah Menggunakan Khidmat Yan Dari Kumpulan Lefthanded Sebagai Pemain Bass Setelah Nasir Daud Meninggalkan Search 2 Tahun Sebelumnya Untuk Menubuhkan Syarikat Rakamannya Sendiri . Bagi Search , Yan Tidak Asing Bagi Mereka Kerana Yan Merupakan Pemain Bass Kumpulan Search Sewaktu Search Mengeluarkan Album Pertama Mereka , Cinta Buatan Malaysia Pada 1985, Sebelum Menyertai Lefthanded Bersama Man Kidal . Yan Kemudiannya Meninggalkan Search Pada Tahun 1994 Sebelum Nasir Membuat Comeback Pada 1995 .

Wings - Bazooka Penaka ( 1993 )


  

This Is My First Review About My Favourite Album From My Favourite All - Time Best Rock Bands . So , Firstly I Have Chosen Bazooka Penaka From Wings , Who Been Launched In 1993 . Ini Senarai Runutnya : 

- Bazooka Penaka ( 5:39 )
- Di Ambang Wati ( 5:40 )
- Bernafas Dalam Lumpur ( 5:30 )
- Kuburkan Aku ( 5:04 )
- Pengabdianku Kekasih ( 6:12 )
- Rock N Roll Band ( 4:20 )
- Amok ( 7:12 )
- Satelit Puaka ( 6:55 )
- Suara Kita ( 7.10 )
- Tangisan Marhaen ( 7:02 )
- Puisi Merdeka ( 5:39 )

Bagi Aku , Album Bazooka Penaka Mempunyai Kualiti Yang Tersendiri , Sekaligus Menyerlahkan Lagi Elemen Rock N' Roll Kumpulan Ini . Lagu Pertama Bazooka Penaka Merujuk Kepada Nama Album Ini , Memang Rock N Roll Habis . Pasti Komer Pusing Kepala Punya Bila Dengar Ini Lagu , Manyak Best Lorh , Hahahaha . Secondly Is Diambang Wati . Lagu Ini Rentaknya Slow , But Kalau Layan Memalam Buta Memang Mendayu . Soundtrack Movie Sembilu Depa Kata , Mana - 2 Yang Pernah Tengok Cerita Tu Mesti Tahu La Kan ? Next , Untuk Memendekkan Cerita , Lagu Bernafas Dalam Lumpur , Kuburkan Aku And Pengabdianku Kekasih Juga Boleh Dimasukkan Dalam Kategori Slow Rock , Cuma Kuburkan Aku Sahaja Yang Tak Berapa Nak Slow Sangat ( Hahaha ) , And Then We Move On To Rock n Roll Band . Pergh , Lagu Ini Serius Memang Rancak , Layan Kepala Juga La , Memang Holiawww ! Lagu Amok Pula , Haaaa Memang Berpuaka Sikit , Intro Dah Sedap Dek Tiupan Seruling Mohardiman , Sekali Tetiba Je Dengar Bunyi Awie Menggelupur , Tapi Lagu Ini Memang High Volume And Sesuai Bagi Sesiapa Yang Jiwa Keras Sikit Tu . Hmmmmm Satelit Puaka Pula Wings Dedikasikan Sebagai Satu Simbol Bantahan Mereka Kepada Kerajaan ( Pasal Ini Awok Malah Le Nak Cakap , Tapi Awok Bukan Macai Okay ) . Suara Kita , Lagu Ini Mereka Juga Telah Menggunakan Khidmat Mohardiman Sebagai Pemain Seruling . Serius Lagu Ini Memang Sedih , And Sesiapa Yang Tengah Heartbroken Ke , Baru Clash Dengan BF/GF Komer Ke , Memang Gugur Ayor Mate Kata Orang Perak . Lagu Ini Pun Ada Menyimpan Banyak Kenangan Awok Time Awok Bersekolah Dahulu ( But Lagu Ini Bukanlah Dikeluarkan Time Zaman Awok Bersekolah Dulu Sebab Awok Pun Baru Umur 20 . Hehe ) Tangisan Marhain , Lagu Ini Ya Tak Berapa Nak Best Sangat , Sebab Slow Firstly And Lirik Yang Pelik - Pelik , Siap Ada Bunyi Bangsi Lagi , Huhu . And Finally We Move On Into The Last Song , Puisi Merdeka . Intro Lagu Ini Memang Best , Paluan Drum By Jojet ( 1991 - 1994 ) , And Solo Pun High Volume And Memang Terbaik !

Namun , Bak Kata Orang , Yang Baik Tidak Kekal Selamanya , Setelah Beberapa Bulan Selepas Album Ini Dikeluarkan , Awie Mengambil Keputusan Untuk Mengundurkan Diri Daripada Kumpulan Ini Sekaligus Meninggalkan Joe , Eddie & Jojet Untuk Menceburkan Diri Dalam Bidang Lakonan & Karier Solo . Keputusan Ini Sangat - Sangat Mengecewakan Peminat Kumpulan Ini Serta Anggota - Anggota Kumpulan Wings Amnya . Beliau Kembali Menyertai Wings Pada 2002 , Iaitu 9 Tahun Kemudiannya . 

Permulaan Baru .

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh Dan Salam Sejahtera Semua . Diharap Agar Anda Di Luar Sana Sihat Walafiat Dan Dimurahkan Rezeki . Alhamdulillah , Akhirnya Berjaya Juga Aku Create Another New Blog Setelah Blog Lama Aku Dah Tak Boleh Diaccess Lagi Sebab Dah Lupa Password ( Hahaha ) , Dahla Blog Yang Tu Banyak Bebenor Post - 2 Time Aku Menengah Rendah Dulu & Ayatnya Semua Ntahpapantah Aje . BTW , Itu Cerita Lama , And Now I Want To Open A New Book And Create Another Fairytale Stories ( Hahaha Lagi ) . When Aku Create Blog Aku Yang Lama , Time Tu Aku Still Lagi Bersekolah , And Now Aku Telahpun Berjaya Menamatkan Zaman Persekolahanku , And Now After This Aku Kena Pergi Jejauh Dari Sini Untuk Mengejar Cita - Citaku Walaupun Aku Sendiri Pun Taktau Apa Cita - Cita Aku . Oklah , Aku Malas Nak Cakap Panjang , Lagipun Korang Bukan Nak Dengar Or Tengok Kan , So Aku Chaw Dulu Yaaa . Kbyee