Oklah , Kali Ini Kita Beralih Kepada Album Search Pula , Iaitu Album Rampage Keluaran 1992 . Album Ini Dikatakan Kurang Mendapat Sambutan Ekoran Sekatan - Sekatan Yang Tertentu Oleh Kerajaan Ketika Itu . Namun , Boleh Dikatakan 90 % Lagu Dari Album Ini Lebih Kepada Sentimental Rock Ataupun Rock Jiwang . Ini Senarai Runutnya :
- Neo Romantik ( 5:31 )
- Asli Dan Tulus ( 5:39 )
- Berbagai Wajah ( 5:54 )
- Metropolitan ( 5:12 )
- Analogi 0.1 ( 4:41 )
- Feel The Pain ( 5:06 )
- Nigina ( 5:35 )
- Sederhana ( 5:28 )
- Bertopeng Cinta ( 4:42 )
- Nirmala ( 5:22)
Dari Senarai Ini , Boleh Dikatakan Hanya Lagu Metropolitan Dan Sederhana Sahaja Yang Bukan Berbentuk Sentimental Rock , Manakala Selebihnya Adalah Lagu - Lagu Yang Berbentuk Kejiwangan . Lagu - Lagu Seperti Neo Romantik , Berbagai Wajah , Nigina Dan Nirmala Memang Menjadi Pilihan Utama Untuk Didengari Di Kala Siang Mahupun Malam , Bahkan Dalam Album Ini Mereka Juga Telah Menampilkan Beberapa Kelainan Hinggakan Ada Sesetengah Pengkritik Mengatakan Bahawa Search Ketika Ini Sudah Lari Dari Perjuangan Asal Mereka . Antara Kelainan Yang Telah Dilakukan Adalah Dengan Terhasilnya Sebuah Lagu Berbahasa Inggeris Yang Pertama , Feel The Pain Hasil Gubahan Sujesh Pavithran & Search Sendiri . Dalam Album Ni , Awok Suka Lagu Neo Romantik Sebab Lagu Itu Rancak , Hehehe .
Album Ini Telah Menggunakan Khidmat Yan Dari Kumpulan Lefthanded Sebagai Pemain Bass Setelah Nasir Daud Meninggalkan Search 2 Tahun Sebelumnya Untuk Menubuhkan Syarikat Rakamannya Sendiri . Bagi Search , Yan Tidak Asing Bagi Mereka Kerana Yan Merupakan Pemain Bass Kumpulan Search Sewaktu Search Mengeluarkan Album Pertama Mereka , Cinta Buatan Malaysia Pada 1985, Sebelum Menyertai Lefthanded Bersama Man Kidal . Yan Kemudiannya Meninggalkan Search Pada Tahun 1994 Sebelum Nasir Membuat Comeback Pada 1995 .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan