Ahad, 20 November 2016

Search - Bikin Wilayah ( 1998 )

                             

Hahaha , I'm Back Uolls ! Setelah Sekian Lama Gua Menyepi Kalini Gua Datang Bersama Entri Yang Terbaru , Iaitu Album Bikin Wilayah Oleh Kumpulan Search Pada 1998 . Ini Senarai Runutnya:

- Mancis Dah Basah ( 4:40 )
- Bayangan Baiduri ( 6:25 )
- Zen ( Bikin Wilayah ) ( 4:22 )
- Setia Dalam Kacamu ( 5:06 )
- Ichiban ( 4:00 )
- Kanta Biru ( 4:35 )
- Ghairah Malam 15 ( 4:45 )
- Mutiara Embun ( 4:35 )
- Penghujung Jalan ( 4:35 )
- Nur Nilam Sari ( 5:51 )

Rasanya Awok Ada Kabor Dalam Beberapa Entri Yang Terdahulu ( Check Di Entri Album Gema Di Timur Jauh ) , Bahawa Selepas Pemergian Amy Yang Telah Membuat Karier Solo Selain Pemergian Kali Kedua Nasir , Mereka Telah Menghadapi Zaman Kejatuhan Hingga Memaksa Mereka Dibubarkan Pada 2001 . Namun Album Ini Telah Menyambung Seketika Hayat Kumpulan Ini . Dengan Menjemput Awie Yang Ketika Itu Juga Menjalani Karier Solo Setelah Meninggalkan Wings 5 Tahun Sebelumnya , Sebagai Penyanyi , Beliau Juga Dilihat Berjaya Menghidupkan Album Ini Walaupun Peminat Kumpulan Ini Masih Belum 100 % Move On Dari Pemergian Amy Daripada Kumpulan Itu , Ditambah Pula Awie Juga Pernah Bekerjasama Dengan Kumpulan Search Di Dalam Album Double Trouble Keluaran 1992 . Album Ini  Adalah Gabungan Lagu Bergenre Sentimental Rock Serta Heavy Metal , Namun Album Ini Diingati Kerana Satu Lagu , Iaitu Lagu Nur Nilam Sari . Album Ini Juga Sekali Lagi Mendapat Sentuhan Berbisa M.Nasir , Loloq , S.Amin Shahab , Keon Dan Usop . 

Setelah Terhasilnya Album Ini , Din , Kid & Fauzi Mengambil Keputusan Untuk Mengundurkan Diri Serta Merta Dari Kumpulan Ini , Dan Ini Menyaksikan Yazit Terkontang Kanting Seorang Diri Untuk Meneruskan Legasi Search Yang Dilihat Semakin Parah Pada Ketika Itu . Album Studio Terakhir Kumpulan Ini Adalah Album Selepas Banjir Keluaran 1999 Sebelum Mereka Menggulung Tikar Pada Tahun 2001 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan