Selasa, 8 November 2016

Cromok - Untitled ( 2004 )

                                                   

Entri Kali Ini Akan Mengupas Mengenai Album Studio Terakhir Kumpulan Cromok Iaitu Untitled Keluaran 2004 . Ini Senarai Runutnya :

- I Do ( 6:20 )
- Rise ( 7:15 )
- Saviour ( 6:25 )
- On The ( 6:04 )
- Song 3 ( 1:31 )
- Dying To Live ( 11:00 )
- Disable ( 4:30 )
- Pip ( 5:25 )
- Untitled ( 2:00 )
- Error ( 5:11 )

Seperti Yang Diperkatakan Tadi , Ini Merupakan Album Rakaman Terakhir Kumpulan Ini Sebelum Mereka Berehat Dari Industri Muzik Negara Pada Tahun 2006 . Album Ini Masih Menggunakan Khidmat Hillary Ang Sebagai Gitaris Dan Pengundurannya Dari Cromok Lah Yang Menyebabkan Kumpulan Ini Direhatkan Selama Hampir 7 Tahun . Di Dalam Album Yang Mengandungi 10 Buah Lagu Ini , Lagu Dying To Live Merupakan Lagu Yang Terpanjang Sepanjang Penubuhan Kumpulan Trash Metal Malaysia Ini Iaitu Berdurasi 11 Minit , Manakala Lagu Song 3 Boleh Dianggap Antara Lagu Yang Terpendek Dengan Durasi 1:31 Minit Sahaja , Lebih Beberapa Saat Sahaja Daripada Lagu Maram Perapu Kepunden Maram Sekeper Daripada Album Yours Truly Keluaran 1996 . Bagi Awok , Semua Lagu Ini Memang Headbangging , Kalau Komer Berani Cuba - Cubalah Dengar Terutama Yang Perempuan - Perempuan Di Luar Sana Tu . Hehehe

Seperti Yang Telahpun Disebut Pada Ayat - Ayat Di Atas , Pengunduran Diri Hillary Daripada Skuad Ini Menyebabkan Mereka Terpaksa Merehatkan Kumpulan Ini . Namun Sebelum Menutup Buku Zaman Kegemilangan Mereka , Album Untitled + Raw Telahpun Diterbitkan Pada Tahun Hadapannya Dengan Memuatkan Lagu - Lagu Rakaman Live Mereka Di 2 Buah Konsert Di Australia , Iaitu Konsert Di Seven Hills , Sydney Pada November 1989 & Konsert Di Smith St Garage , Wollongong Pada Mei 1988 . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan