Sekadar Gambar Hiasan .
Oklah , Entri Kali Ini Kita Akan Keluar Daripada Bidang Rock Apekebenda Semuanya Lah , And Sekarang Aku Akan Ceritakan Salah Satu Pengalaman Seram Yang Pernah Aku Hadapi Sepanjang Hidup Aku yang Dah 20 Tahun Ini . Actually Cerita Ini Taklah Menakutkan Or Terlampau Seram , Tapi Bagi Mereka Yang Pernah Merasai Atau Senang Cerita , Kalau Korang Yang Berada Dalam Kedudukan Aku , Memang Ianya Sangatlah Creepy .
Momen Ini Berlaku 6 Tahun Lalu , Sewaktu Aku Di Tingkatan 2 , Bebudak Lagi Lah Waktu Tu ( Huhuhu ) . Di Waktu Itu , Aku Hadir Ke Sekolah Menaiki Bas Sekolah & Di Waktu Itu , Kehadiran Bas Sekolah Melalui Hadapan Rumah Aku Sangatlah Awal , Iaitu Sekitar 6:30 Pagi , And Seandainya Aku Terlepas Bas Itu , Aku Mungkin Terpaksa Berjalan Kaki Sejauh 500 Meter Ke Bus Stop Kampung Aku Untuk Menunggu Bas Awam Or Senang Cerita Tak Datang Sekolah Terus . Dipendekkan Cerita , Aku Keluar Rumah Seawal 6:25 Pagi Dan Aku Menaiki Bas Dalam 5 Minit After That . Sesampainya Aku Di Sekolah ( Sekitar 6:40 , Sebab Rumah Aku Dekat Je ) , Aku Terus Bergerak Ke Blok Tingkatan 2 ( Aku Dah Lupa Blok Tu Dipanggil Blok Apa ) . Before That , Aku Nak Cerita Berkaitan Blok Tingkatan 2 Tu Yang Sekarang Dah Jadi Blok Untuk Student Tingkatan 4 . Blok Itu Merupakan Blok Paling Hujung Di Dalam Sekolah Itu , Dan Kelas Aku Tu Merupakan Kelas Paling Hujung Sekali Dalam Blok Tu , Hehehe , Tapi Takda La Hujung Sangat Sebab Kat Sebelah Tu Ada Bilik Pendidikan Seni . Di Belakang Blok Itu Hutan , Dan Di Sebelah Blok Itu Ada Surau Dan Padang Rumput Kecil Bekas Tapak Perhimpunan Sekolah Itu Sekitar Tahun 70-80'an Dahulu . Blok Itu 2 Tingkat Dan Kelas Aku Di Tingkat Atas , Di Bahagian Bawah Adalah Makmal Sains Lama Namun Masih Digunakan Dan Kelas Tingkatan 2 Untuk Murid Kelas Bawahan . Manakala , Untuk Bahagian Atas Adalah Kelas Tingkatan 2 Untuk Murid Kelas Atasan Serta 2 Bilik ERT Untuk Menengah Rendah & Atas . Bersambung Semula Dengan Cerita Aku , Kira - Kira 30 Meter Sebelum Sampai Ke Blok Aku , Aku Tengok Tiada Satu Kelas Pun Yang Sudah Memasang Lampu , Itu Makna Nya Belum Ada Sesiapa La Kat Situ .
So , Memandangkan Belum Ada Satu Kelas Pun Yang Memasang Lampu Serta Diiringi Rasa Seram Untuk Pergi Ke Kelas Aku Yang Kat Hujung Blok Tu , Aku mengambil Keputusan Untuk Berpatah Balik Untuk Melepakkan Diri Di Sebuah Pondok Kayu Berdekatan . Namun Baru Sahaja Aku Membuka Langkah Berpatah Balik , Datang Seorang Makcik Cleaner Menyapa Aku " Adik , Adik Nak Ke Blok Sana Tu Ke Dik " , Aku Berkata " Haah Makcik " , Dan Jawapan Ini Still Lagi Aku Ingat Sampai Sekarang " Makcik Rasa Baik Adik Tunggu Sampai Hari Cerah Nanti Adik , Sebab Baru Tadi Makcik Nampak Pocong Kat Depan Bilik ERT Tu " . Bilamana Aku Dengar Ayat Tu , Meremang Segala Bulu Roma , And After Ending My Conversation With That Makcik , Aku Terus Sahaja Membuka Langkah Aku Ke Pondok Kayu Itu Dan Menunggu Sehingga Pukul 7 . 10 ( Kalau Tak Silap ) Bilamana Semua Kelas Sudah Membuka Lampu , Barulah Aku Menuju Ke Kelas Aku Untuk Meletak Beg .
P/S : Sekolah yang Dimaksudkan Di Atas Adalah Rahsia Selain Untuk Menjaga Nama Baik Sekolah Aku . Namun Ianya Terletak Di Sebuah Pekan Di Negeri Perak . Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan