Rabu, 9 November 2016

Wings - Jerangkung Dalam Almari ( 1991 )

                             

Okay , Tanpa Mengenal Penat Dan Jemu , Moh Beralih Ke Album Seterusnya , Iaitu Jerangkung Dalam Almari Keluaran 1991 Oleh Kumpulan Wings . Ini Senarai Runutnya :

- Watari ( 2:23 )
- R'N'R Lu Punya Suka ( 5:58 )
- Aku Pun Tahu ( 5:30 )
- Gemala Saktiku ( 6:46 )
- Lipas Kudung ( 4:37 )
- Dalam Kehadiran Sofiah ( 5:47 )
- Kau Bukan Brader ( 4:15 )
- Jerangkung Dalam Almari ( 4:28 ) 
- Awang Trasher ( 4:26 )
- Tirai Horizon ( 6:07 )

Album Ini Telah Menyaksikan Kemunculan Semula Jojet Di Dalam Kumpulan Ini Setelah Kali Terakhir Beliau Di Dalam Kumpulan Ini Pada Tahun 1987 , Iaitu Sebelum Terbitnya Album Pertama Kumpulan Ini Iaitu Belenggu Irama Pada 1987 , Namun Beliau Tidak Sempat Untuk Merakamkan Lagu Di Dalam Album Tersebut Kerana Beliau Telahpun Berhijrah Ke Kumpulan Gersang Dan Tempatnya Digantikan Oleh Black . Album Ini Dimulakan Dengan Instrumental Oleh Joe Wings Sendiri Menerusi Lagu Watari Dan Diteruskan Dengan 5 Buah Lagu Heavy Rock & 4 Buah Lagu Sentimental Rock . Dalam Kelima - Lima Buah Lagu Heavy Rock , Awok Lebih Suka Untuk Mendengar Lagu Lipas Kudung & Kau Bukan Brader Kerana 2 Buah Lagu Ini Menunjukkan Kemampuan & Kemantapan Riffs Solo Oleh Joe . Manakala , Bagi Lagu Sentimental Rock , Awok Memilih Aku Pun Tahu Sebagai Lagu Favourite Untuk Didengari ( Lagu Tu Sedih Jugak Huhuhu ) And Dont Forget Lagu Dalam Kehadiran Sofiah Pun Best Juga . 

Apapun , Jojet Hanya Bertahan Bersama Wings Selama 3-4 Tahun , Dan Setelah Setahun Selepas Pemergian Awie Dan Keluarnya 2 Album Wings & Superfriends Pada 1994 , Beliau Mengundurkan Diri Beliau Dari Kumpulan Ini Dan Tempatnya Kembali Diisi Oleh Black Untuk Album Orang Asing Pada 1995 .

Kredit Gambar : Seperti Watermark Yang Sudah Berada Pada Gambar .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan