Isnin, 7 November 2016

XPDC - Samurai ( 1998 )

                                   

Kita Bertemu Lagi Untuk Sesi Review Album , Dan Kalini Kita Bersama Album Samurai Daripada XPDC Keluaran Tahun 1998 . Ini Senarai Runutnya :

- Bagaikan Samurai ( 4:14 )
- Dunia 4 Segi ( 5:36 )
- Kenapa Apakah ( 4:03 )
- King El Mondoque ( 5:30 )
- O-Key ( 6:01 )
- Paiseh ( 4:50 )
- Tanggis Darah ( 6:04 )
- Ulat Dan Kulat ( 6:26 )
- Teman ( 5:50 )
- Semangat Perjuangan Harmoni ( 5:50 ) 

Dengan Kehadiran Ali Sebagai Vokalis Baharu Menggantikan Mael , Ianya Mungkin Menimbulkan Sesuatu Yang Pelik Bagi Fans XPDC Amnya Kerana Beliau Merupakan Seorang Penyanyi Balada Yang Terkenal Dengan Lagu Bunga Angkasa Bersama Kumpulan Terrarosa , Namun Selepas Keluarnya Album Ini , Akhirnya Mereka Mengakui Keberkesanan Ali Dalam Menyanyikan Lagu Berdefinasi Tinggi . Boleh Dikatakan Album Ini Merupakan Detik Penamat Yang Gemilang Bagi XPDC Sebelum Kumpulan Ini Menjalani Kehidupan Yang Hambar Dalam Industri Muzik Pada Era 2000 ' an . Selain Ali , Mereka Juga Telah Membawa Lola Sebagai Drummer Bagi Menggantikan Amy Yang Ditimpa Kemalangan Jalan Raya Ketika Itu . Kredibiliti Lola Juga Tidak Perlu Disanggah Lagi Hinggakan Mampu Menembusi Kelompok Elit Drummer - Drummer Terbaik Semalaysia , Sebaris Dengan Black ( Wings ) , Yazid ( Search ) , Arwah Man Dayak ( Lefthanded ) Dan Ramai Lagi . 

Lagu Semangat Perjuangan Harmoni Merupakan Sambungan Kepada Lagu Semangat Yang Hilang Pada Album Terdahulu , Brutal ( 1997 ) . Hanya 2 Lagu Sahaja Yang Dikira Rentaknya Perlahan Berbanding Lagu - Lagu Yang Lain , Iaitu Tanggis Darah & Teman , Manakala Selebihnya Ialah Heavy Metal , Terutamanya Bagaikan Samurai . 2 Tahun Selepas Keluarnya Album Ini , Zuar Mengumumkan Pengundurannya Dari XPDC Dan Menubuhkan Kumpulan Viper Bersama - Sama Bekas Rakan Sepasukannya , Amy .

Kredit Gambar : Mat4nira.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan