Khamis, 10 November 2016

XPDC - Darjah Satu ( 1990 )

                                         

So , Kalini Kita Akan Beralih Pula Ke Album Seterusnya AKA Album Pertama XPDC Di Dalam Sejarah Penghidupan Kumpulan Ini , Iaitu Darjah Satu Keluaran 1990 . So , Tanpa Membuang Masa , Ini Senarai Runutnya : 

- C.I.N.T.A ( 5:09 )
- Abadikah Tragedi ( 5:46 )
- Aku Dan Sesuatu ( 4:59 )
- Bukan Milik Aku ( 4:25 )
- Cermin Dunia ( 4:18 )
- Gerak 2000 ( 5:38 )
- Pelesit Sebelah Mata ( 4:41 )
- Raja Kertas ( 3:22 )
- C.I.N.T.A ( Instrumental ) ( 5:08 )
- Jangan Tak Mandi ( 4:23 )

Album Ini Merupakan Album Pertama Kumpulan Ini Sekaligus Menambah Kehangatan Industri Rock Malaysia Ketika Itu . Lagu C.I.N.T.A Telah Menjadi Lagu Trademark Bagi Kumpulan Ini ,Yang Sekaligus Telah Menaikkan Nama Kumpulan Ini Menjadi Antara Kumpulan Elit Di Dalam Persada Industri Muzik Negara Di Masa Itu . Lagu - Lagu Lain Seperti Abadikah Tragedi , Aku Dan Sesuatu & Gerak 2000 Juga Telah Menjadi Favourite Bagi Peminat Kumpulan Ini . Album Ini Boleh Dikatakan Mendapat Sentuhan Istimewa Dari J.S.Kevin Yang Menjadi Individu Bertanggungjawab Menaikkan Nama Kumpulan Ini Serta Menukar Nama Kumpulan Ini Dari Kumpulan Tragedy Kepada Kumpulan XPDC Pada Suatu Ketika . 

Album Ini Boleh Dikatakan Masih Terikat Dengan Genre Rock Kapak Penghujung 80'an & Awal 90'an Sebelum Mereka Beralih Kepada Genre Heavy Metal Pada Album - Album Mereka Yang Seterusnya . Drummer Kumpulan Ini , Lee Space Hanya Dapat Bersama Mereka Bertiga Yang Lain , Iaitu Mael , Zuar & Izo Untuk Album Ini Sahaja Sebelum Mengundurkan Diri Seusai Album Ini Dikeluarkan Pada 1990 Dan Tempatnya Digantikan Oleh Amy Dari Kumpulan Handy Black Untuk Album Seterusnya Iaitu Timur Barat Keluaran 1992 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan